"Why not get paid to leave a comment?"

Pandapat anda ada nilainya, jawab survey dan terima bayaran untuk pendapat anda itu.. Have your friends voiced out to make a difference? We will give you cash rewards of RM0.20 for every friend who activates their account with your invite link.

Tuesday, November 4, 2008

CTH PROPOSAL SISTEM SURAT MENYURAT

Pengenalan

Setiap jabatan atau syarikat mesti akan ada menghantar ataupun akan mererima surat, jadi setiap maklumat penerimaan dan penghantaran surat ini adalah lebih baik jika direkod. Rekod surat menyurat adalah penting kerana dengan adanya rekod ini, semua maklumat tentang surat yang dihantar dan diterima dapat disimpan untuk rujukan jika terdapat masalah pada kemudian hari nanti. Dengan adanya rekod ini, ia dapat masalah dikemudian hari nanti, ia dapat membuktikan samaada surat tersebut telah dihantar atau telah pun diterima. Setiap maklumat surat yang diterima dan dihantar direkod dengan menyimpan tarikh surat tersebut, perkara atau tajuk surat tersebut dan daripada siapa ataupun kepada siapa surat itu diterima ataupun dihantar.
Sistem Surat Menyurat adalah satu sistem di atas talian (WebBase System), ia boleh digunakan oleh pengguna biasa dan juga pentadbir. Pengguna sistem ini dapat merekod semua maklumat surat keluar dan juga surat masuk ke dalam satu pengkalan data. Setiap data dapat dicari, ditambah, dikemaskini dan juga dihapuskan. Saya membangunkan sistem ini mengguna Visual Web Development 2005. Untuk pengguna biasa, mereka hanya dapat melihat rekod tanpa dapat mengubah data di dalam rekod. Selain itu, mereka juga dapat membuat carian untuk melihat rekod di dalam pengkalan data. Manakala untuk pengguna pentadbir, mereka bukan hanya dapat melihat dan membuat carian, malah mereka dapat menggunakan istem ini sepenuhnya. Untuk langkah-langkah keselamatan, untuk pengguna pentadbir mereka perlu memasukkan nama dan juga katalaluan sebelum dapat menggunakan sistem ini sepenuhnya.

Keterangan Masalah

Sebelum ini, rekod surat menyurat hanya direkod menggunakan pen ke dalam buku rekod surat keluar masuk. Terdapat banyak masalah dan kesilapan yang timbul dengan menggunakan kaedah ini antaranya ialah sukar mencari rekod yang terdahulu, dan sukar untuk memahami tulisan tangan. Biasanya pasti terdapat masalah seperti surat tidak diterima oleh penerima sedangkan surat sudah pun dihantar, jadi dengan adanya sistem ia dapat memudahkan pengguna untuk mencari maklumat tentang surat tersebut seperti bila tarikh surat tersebut, siapa penerima, dan adakah surat tersebut sudah pun diterima ataupun sebaliknya.

Sudah semestinya setiap orang mempunyai gaya tulisan tangan yang tersendiri, dan ada juga antara gaya tulisan tangan tersebut sukar untuk dibaca oleh orang lain. Dengan menggunakan sistem ini, rekod adalah lebih sistematik dan masalah kesukaran membaca tulisan tangan dapat diatasi.

Objektif

Berikut adalah antara objektif pembangunan sistem ini adalah:
•Untuk merekod surat keluar masuk dengan lebih sistematik
•Untuk mengelakkan kesilapan biasa seperti kesukaran memahami tulisan tangan, kehilangan rekod, dan kesukaran mencari rekod yang terdahulu.
•Untuk merekod maklumat surat keluar masuk kedalam satu pangkalan data.

Skop Projek

Untuk sisitem ini, ia dibangunkan untuk diguna pakai di satu pejabat sahaja. Pengguna sistem ini boleh dibahagikan kepada dua pengguna iaitu pengguna biasa dan yang kedua ialah pengguna tadbir. Untuk pengguna biasa, mereka hanya dapat melihat dan membuat carian untuk melihat data sahaja, manakala untuk pengguna tadbir, mereka bukan sahaja dapat membuat carian dan melihat data malah mereka juga boleh menambah data, mengemaskini data, dan menghapuskan data.

Untuk keselamatan, pengguna tadbir perlu mendaftarkan akaun meraka dan untuk menggunakan sistem ini mereka perlu memasukkan nama dan kata laluan mereka terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan sistem rekod surat menyurat ini. Sistem surat menyurat ini hanya merekod dua jenis surat sahaja iaitu merekod surat yang keluar dari PPSK dan juga merekod surat yang masuk ke PPSK ataupun surat yang diterima.

34 comments:

denn said...

hi kamal... awak buat sistem ni gne ape??? php n mysql eh??? ade x sistem dia.. nk tgk as rujukan....

kamal said...

hai denn, sori sebab lambat blas. aku xde connection internet la..hmmm aku ada gak cube2 buat sistem ni..guna asp. nanti dalam masa terdekat ni aku up kn untuk ko ek.

kamal said...

hai denn, sori la sebab lambat balas komen anda. ok, seperti yang saya janjikan nie link contoh sistem surat menyurat. saya buat munggunakan visual veb development. sistem ni saya cube2 buat je, harap dapat la membantu awak. download kat link ni ek.. http://www.usaupload.net/d/dxsoq9vxc5c selamat mencuba ye.

randypeople said...

kamal aku nak tgk gak rujukan tu..
nak donlot takder da..

kamal said...

xde dah ke? ala..sori2..kat hostel saya nie tenet slow la..nk masuk blogger nie pn susah, nk saya cube upkan lagi ye guna link len lak, sabar ye tungguuuu...

nurul said...

salam kamal...nk jgak rujukan tu...leh x???

yogjakarta said...

hai kamal , nak mntak tolong boleh ?

nurul huda said...

hye2 kamal...
nak2 jugak tgk system ni blh?
nk buat rujukan tok final project sem ni...

Hatika said...

hi kamal,

sy nk minta rujukan utk sistem ni, blh ker?? tq so much

bhavna said...

One of the professional and high quality Web Design and PHP MySql training provider in Kolkata, Acesoftech is known among students for its excellent and unique teaching technique. This company not only provides our best quality training of
http://www.training.acesoftech.com/php mysql training kolkata PHP MYSQL and web design but also it is complete compatible with current market trend and complete job oriented. The institute has offices in two major cities of India, Kolkata and Surat.

cendawan said...

hye mr kamal...
sy nak tgok sistem awk as rujukan ley x..?? link yg awk bg xder pun...tq

Cy@nide said...
This comment has been removed by the author.
Cy@nide said...

hi kamal...
sy nak tgok sistem awk as rujukan tok final project sem ni...

luqman said...

salam kamal. saya bercadang nak buat extension dari sistem surat menyurat nie. boleh berkongsi dengan saya tentang sistem surat menyurat? kalau kelapangan email saya di luqmanmustapa@gmail.com. terima kasih

AdIn SuccEss said...

guna netbean..
hmm nk cube ar system nie..
thx

Siti Nur Adilah said...

hai kamal..sy nk mntk tlg ckit.sy nk tgk sistem awk as rujukn bleh x..??coz sy kne bt sistem e-surat mse prktikal nie..arap awk bleh la tlg sy ek..trime ksih.

ChintaHati said...

SALAM Kamal, say nk tgk sistem awak sebagai rujukan untuk sya gunakan dalam latihan industri! boleh x?

Zida said...

assalamualaikum. ada lg x sistem ni? kalo boleh nak tgk utk dijadikan sbg rujukan final year projrct saya=)

labu said...

salam,kamal..
sy berminat la dgn projek awk nie
leh x bg proposal?
sy nk wat rujukan..

Yanis Ibnu Abbas said...

Assalamualaikum, syukran pmilik blog ini, contoh proposal awk amat membantu saya utk projek akhir. alhamdulillah sistem sudah siap kami bangunkan hanya tinggal tunggu hari esok utk dbentangkn ;)

Manisa said...

salam en kamal,

saya berminat untuk melihat sistem surat menyurat. bagaimana nk tengok ye?

suratexpress9 said...

Salam,

Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

anak incit fawzan said...

assalamualaikum encik kamal .
boleh tak encik emailkan contoh proposal sistem surat menyurat ni kat email saya . (fawzandotter77@yahoo.com) sebagai rujukan untuk buat final projek .

terima kasih..

Pallynnbloggers said...

salam bro kamal boleh tak nk tgk contoh system fail ney........mintak tolong sangat2

sahmel watanabay said...
This comment has been removed by the author.
sahmel watanabay said...

salam
bole x kongsi mcm mner nk bwat proposal system ni dgn lbh detail lg ?
untuk system ni ia menggunakan software apa untuk menghasilkannya?bley x sy dptkan proposal ni.
emel sy ( sahm3l.watanbay@gmail.com )

::BUDAKSASAU:: said...

en kamal
bole x kongsi mcm mner nk bwat proposal system ni dgn lbh detail lg ?
untuk system ni ia menggunakan software apa untuk menghasilkannya?bley x sy dptkan proposal ni.
emel sy (yatiey90@gmail.com )

Dot.Dot Story Mory (Full Mns) said...

salam kamal...saya nak minta rujukan tuk sistem nie bleh? email kan ke sy boleh? e.iera@ymail.com ...harap sangattt

kimie said...

Salam kamal, berguna jgak benda....
saya da kering idea da ni... tak tau nak wat projek... da la wat sensorang...bole mintak emel rujukan kat emel saya... ? ko_cai@yahoo.com TQ

tinie said...

salam en. kamal. cblh sy dptkan contoh sistem surat meyurat nie dan sistem tempahan bilik kuliah? utuk dijadkan rujukan. blh emailkan kt sya tinie_aspipe@yahoo.com.my. tlg ye en kamal. tqvm

cUmy MuMMy ,, said...

assalamualaikum. ada lg x sistem ni? kalau bleh nk tgk utk dijadikan sbg rujukan final projek?

nur maslida said...

ade x sistem dia.. nk tgk as rujukan....

evans said...

salam,boleh tak bagi tgok sistem ni ataupun bagi tgok interface sahaja untuk rujukan,kalau ad coding interface lebih baik,sbb sy hanye perlu buat interface shj. evanshandarriel@gmail.com

Intan Farid said...

Assalamuaalaikum en kamal...boleh sye nk thu lbih lnjut ttg projek ni..mnta kerjasama en ..email sye norintan.safinas@yahoo.com